DEFINISI PENDIDIKAN
KHAS
Orang berminat mengkaji tentang
pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai
anak atau ahli keluarga yang
memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi
sukarelawan membantu badan-badan
terlibat dengan mendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas atau mereka yang
ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah
rendah atau menengah. Apakah
pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan
khas adalah wajar kita meninjau
beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-pakar
dalam bidang:
�� Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai
satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas. ��
Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program
pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar
biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.
�� Friend (2005): Pendidikan
khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanakkanak yang
kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah,
di hospital atau institusi lain.
�� Mansor (2005): Program
pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
�� Heward (2003): Pendidikan
khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:
SIAPA? – Ia adalah guru yang dilatih khusus
untuk mengajar kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas. Guru-guru
ini telah menerima latihan khusus tentang
psikologi, kaedah mengajar, kaedah
penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Bersama dengan guru pendidikan khas,
pakar-pakar lain juga terlibat dalam
pendidikan khas yang terdiri daripada ahli
psikologi sekolah, terapis bahasa,
kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar
ini bekerja dengan guru pendidikan
khas serta keluarga pelajar terbabit dengan
tujuan membantu.
APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan
khas tidak jauh berbeza daripada
kurikulum yang diikuti oleh pelajar
biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan
atau bermasalah pendengaran menduduki
peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Bagaimana pun, bagi pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran tertentu
memerlukan kurikulum yang telah
diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar
kurang upaya perlu diajar memakai
baju, makan, membersihkan diri sendiri,
membaca dan menulis dalam braille, menggunakan
bahasa isyarat, bercampur gaul
dengan orang lain dan sebagainya.
Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk
mengambil kira pengajaran pengetahuan
dan kemahiran tertentu.
DI MANA? – Pelajar yang mengikuti pendidikan
khas mungkin ditempatkan dalam
kelas bersama dengan pelajar biasa
atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau
sekolah berasingan. Bagaimana pun,
isu penempatan kanak-kanak berkeperluan
khas masih dipertikaikan [Kita
akan membincang isu ini dengan lebih mendalam
Secara umum kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri
tertentu yang menghalang mereka
mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.
Mereka memiliki satu atau gabungan
kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama
ada daripada segi fizikal, deria,
mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak
biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu
bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat
belajar dengan kecacatan atau
kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata
lain, pendidikan khas adalah satu
perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak ini.