Sabtu, 3 Mac 2012

PENDIDIKAN KHAS

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai
anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi
sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah
rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan
khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-pakar
dalam bidang:
�� Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. ��
Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.
�� Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
�� Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
�� Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:
SIAPA? – Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang
psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas,
pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli
psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar
ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan
tujuan membantu.
APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada
kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan
atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu
memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar
kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri,
membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul
dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk
mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu.
DI MANA? – Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam
kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau
sekolah berasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan
khas masih dipertikaikan [Kita akan membincang isu ini dengan lebih mendalam
Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri
tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.
Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama
ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat
belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata
lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak ini.