Selasa, 6 Disember 2011

mengenal jenis sayur-sayuran

Tanaman seperti sayur-sayuran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS(BUTA)
(MASALAH PEMBELAJARAN)

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Wira
Tajuk : 1.Kemahiran Mendengar
Masa : 8.00 – 8.30 pagi (30 minit)
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Mendengar dan memberi gerakbalas kepada    pemintaan guru.
Objektif pembelajaran : Diakhir pembelajaran, murid dapat mengenal dan memberi tindakbalas kepada pemintaan guru.  Contoh murid mendengar arahan guru, yang berkehendakan murid mengenalpasti jenis tanam-tanaman  yang ada di kawasan sekolah.
Aktiviti P & P :

Langkah
Aktiviti
BBB
Catatan

Set induksi
(5 minit)

Murid di bawa ke kebun, dalam kawasan sekolah


Tumbuh-tumbuan yang ada di kebun.




Langkah 1
(7 minit)

1. Murid ditunjukkan jenis tanam-tanaman yang ada di kawasan kebun sekolah.   Murid menyentuh dan merasai setiap jenis tanam-tanaman yang ditunjukkan oleh guru.

2.Murid mendengar penerangan guru tentang jenis tanam-tanaman  tersebut. Contoh pokok cili, pokok betik, pokok bendi dan sebagainya.



Bahan maujud:
Pokok betik
Pokok cili
Pokok bendi
Pokok terung asam


Langkah 2
(10 minit)

Permainan.
Murid dikehendaki mengenalpasti jenis-jenis tanaman atau sayur-sayuran yang terdapat di dalam tin yang disediakan.  Contoh:-
Cili padi
Betik
Terung
Bendi




BBB:
Benda maujud seperti cili, bendi, betik, terung

EMK ;
Kreativiti dan inovasi

Langkah 3
(7 minit)

Penilaian:
Murid diuji dengan menamakan jenis tanam-tanaman atau sayur-sayuran yang diberikan oleh guru.


BBB
Benda maujud seperti betik, cili, bendi, terung.


Penutup
(3 minit)

Murid menyanyi lagu buah-buahan.


BBB :
Video lagu “Buah-buahan”

EMK :
TMK




                                                                 Refleksi
KekuatanGuru berpuas hati dengan kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid ini dalam mencapai objektif pembelajaran yang dirancangkan. Dengan  kekuatan yang ada pada murid ini iaitu pengalaman sedia ada, dan ditambah dengan penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan objektif yang dirancang mudah dicapai.   Contoh pengalaman sedia ada, murid ini pernah merasai dan makan jenis-jenis tanaman seperti sayur bendi, sawi, terung dan sebagainya.  seterusnya, guru membawa murid ini ke kebun sekolah untuk mengukuhkan daya   ingatan nya dalam mengenal jenis tanam-tanaman atau sayur-sayuran.   Walaupun dari segi intelek murid ini adalah kurang, namun kreativiti guru dapat membantu beliau mengatasi kelemahannya.   Keseluruhannya 94% apa yang dirancang, telah tercapai…Alhamdulillah
Kelemahan.
Tiada terdapat kelemahan dalam proses pengajaran kali ini, kerana guru menggunakan pendekatan pengetahuan sedia ada murid untuk membantu beliau mencapai objektif yang dirancangkan.

Cadangkan strategi/kaedah pengajaran yang berkesan.
• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka.
• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan penglibatan mereka secara menyeluruh.
• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan.
• Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan.
• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan